Pengalaman Semester 1 Diploma Perladangan dan Agroteknologi UiTM Melaka Kampus Jasin (DPIM)
Alhamdulillah. Akhirnya saya sudah tamat 1 untuk Diploma Perladangan dan Agroteknologi (DPIM) di UiTM Melaka Kampus Jasin. Banyak benda yang saya belajar sebenarnya sepanjang saya berada kat sini. Walaupun tidak jauh mana dari negeri asal, saya tetap rasa takut dan seriau apabila berada di tempat baru.
Pengalaman ketika hendak pergi ke UiTM sangat lucu apabila aplikasi yang saya guna iaitu Waze tidak keluar UiTM Melaka Kampus Jasin. Jadi saya hanya berpandukan papan tanda jalan sehinggalah tiba di pintu masuk UiTM
Pengalaman ketika hendak pergi ke UiTM sangat lucu apabila aplikasi yang saya guna iaitu Waze tidak keluar UiTM Melaka Kampus Jasin. Jadi saya hanya berpandukan papan tanda jalan sehinggalah tiba di pintu masuk UiTM
SUBJEK SEMESTER 1 DPIM.
1) CTU 101 – Pendidikan Agama Islam.
- Belajar dalam Bahasa Melayu.
- Wajib hafal 1 surah yang diberi kerana ada markah untuk hafazan.
- Buat sesiapa yang tidak reti baca Al-Quran, boleh download aplikasi atau surah tersebut. Dengar sebelum tidur atau semasa tengah berehat supaya mudah untuk hafal. Insyallah mudah sahaja.
- Setiap pelajar akan dipanggil secara berseorangan untuk hafazan di depan Ustaz/Ustazah.
2) CHM 138 – Basic Chemistry.
- Kimia akan belajar dalam Bahasa Inggeris dan bagi saya yang tidak ada basic, boleh dikatakan susah untuk saya faham. Tapi lecturer akan tolong sehabis mungkin asalkan pelajar rajin bertanya soalan dan mintak pertolongan.
3) ELC120 – English.
- Belajar English seperti biasa dan ini adalah persediaan untuk Muet. Walaupun ada pelajar yang sudah ambil MUET, kita tetap diwajibkan juga untuk belajar English.
- Saya masih ingat lagi lecturer suruh kami berlakon secara berpasangan mengikut topik yang diberi. Ini adalah spontan dan markah akan diberikan secara individu.
4) MAT 112 – Business math.
- Subjek yang sangat susah disebabkan saya ni tak pandai matematik. Buat lagi business math lagi pening kepala ni. Saya selalu dapat markah rendah dalam kelas tapi Alhamdulillah lulus final.
5) AGR 122 – Plant Science.
6) AGR 160 – Field Practical.
- AGR 160 ni kena masuk ladang atau dipanggil field practical yang akan ada sampai Sem 3 pada setiap hari Jumaat.
- Tapi waktu 1st sem je perit. Naik 2nd & 3rd sem dah ok sebab korang akan biasa dengan waktu dan aktiviti masa ladang.
- Lama-lama korang akan ternanti nanti hari Jumaat. Yelah. Korang masuk ladang lepas subuh dan balik kolej pukul 12. Mana tak seronok kan.
- Tapi, ada tapinya. Walaupun Jumaat kena turun ladang, sesetengah jadual ada kelas. Start lepas solat Jumaat. Haa jadual gini memang haru. Orang lain sibuk tido tapi saya sibuk gi kelas. 3 sem aku terkena macam ni.
HBU – Kokurikulum.
- Korang akan diberi 3 pilihan untuk masuk unit uniform yang berkenan dan antara 3 tu korang akan dapat salah satu sahaja. Dan bukan korang yang pilih tau walaupun kita boleh pilih. Tak semestinya pilihan pertama tu korang akan dapat masuk. Selalunya no 3 tu lah yang diaorang akan kasi. Nanti akan keluar list nama setiap pelajar untuk setiap HBU.
Bahagian paling mencabar dan berjaya buat saya menangis sebab banyak benda segala benda yang saya uruskan sendiri, saya pergi jumpa staff dan pegawai sana sini. Atas sebab sebelum ni saya ada dapat 2 tawaran iaitu Diploma Pengurusan Perladangan dan Agroteknologi dan Pengurusan Perpustakaan. Saya terima tawaran untuk DPIM, atas masalah technical, pendaftaran saya ditangguhkan dulu.
Saya kenal dan Saya tau kena jumpa pegawai mana kalau saya ada problem dan sangat2 berterima kasih sebab ada je yang sudi dok melayan kerenah saya sampai mereka pun dah boleh ingat nama saya , selalu jumpa punya fasal.
Saya suggest kalau korang kena masalah yang sama just chill and rilex sebab pegawai kat situ memang laju buat kerja. And on top of that korang akan belajar erti kesabaran dan please jangan menangis macam saya.
Saya kenal dan Saya tau kena jumpa pegawai mana kalau saya ada problem dan sangat2 berterima kasih sebab ada je yang sudi dok melayan kerenah saya sampai mereka pun dah boleh ingat nama saya , selalu jumpa punya fasal.
Saya suggest kalau korang kena masalah yang sama just chill and rilex sebab pegawai kat situ memang laju buat kerja. And on top of that korang akan belajar erti kesabaran dan please jangan menangis macam saya.
Masa pembahagian kelas, saya tengok nama saya takda. So masuk lagi ofis dan akhirnya saya dapat kelas paling last dan paling tak ramai student. Ada 16 orang termasuk saya. Masalah selesai! Tapi masalah lain timbul pula sebab saya tak jumpa dan tak tau mana kelas saya, siapa classmate dan apa yang saya patut buat. Sebab masa saya jumpa pegawai, student lain dah jumpa member sama kelas.
Tanya senior semua tak tau. Fedup! Saya terus balik kolej dengan panas teriknya. Ini pun jangan contohi tau. Tapi paling tak boleh blah sebenarnya kat sini terkenal dengan monyet dan saya boleh tak sedar monyet ni ada kat sebelah. Nak lari tapi perjalanan tersekat sebab pakai baju kurung.
Tanya senior semua tak tau. Fedup! Saya terus balik kolej dengan panas teriknya. Ini pun jangan contohi tau. Tapi paling tak boleh blah sebenarnya kat sini terkenal dengan monyet dan saya boleh tak sedar monyet ni ada kat sebelah. Nak lari tapi perjalanan tersekat sebab pakai baju kurung.
Untuk field practical ni sebenarnya korang kena masuk ladang dan tanam sayur sayuran. Dan istimewa bagi orang macam saya yang tak pernah dan geli dengan tanah korang kena jugak dan wajib pegang tanah. Perasaan bila tanaman korang dah mula tumbuh, tengok dia membesar atau layu (macam saya punya) semua ada. Supervisor aku selalu ingatkan yang kita ni hanya boleh tanam dan jaga tapi kita kena ingat yang tumbuhkan, hidupkan sayur kita ni hanya Dia .
Field Practical diadakan setiap hari Jumaat. Masa saya sem 1, lepas subuh je wajib ada dekat tempat roll call dan setelkan ambil kehadiran. Kalau ada yang datang lambat memang 1 batch kena bantai. Masa tu saya terfikir kenapa lah aku masuk sini :p
PAKAIAN UNTUK MASUK LADANG DPIM.
1) Tshirt.
Tshirt lengan panjang untuk perempuan. Kelabuhan tshirt wajib bawah punggung sebab kat ladang korang akan buat kerja lasak seperti mencangkul dan senaman. Nak pakai tshirt muslimah pun digalakkan. Untuk lelaki, tshirt lengan pendek berkolar. Warna gelap sebab korang akan main dengan tanah, tidak ketat dan tidak jarang.
2) Jeans.
Tak boleh jeans ketat melekat yang korang bawa pergi jalan tu. Percayalah cakap aku kalau korang tak nak kena maki depan orang ramai hanya disebabkan seluar. Jeans kena besar sebab nanti nak buat senaman.
3) Stokin.
Bukan stokin pendek kontot yang orang panggil baby socks. Ini nak masuk ladang weh bukan nak pergi jalan-jalan. Nak senang kau pakai je stoking sekolah. Wajib pakai setiap kali masuk ladang.
4) Kasut sukan.
Beli warna gelap sebab kasut korang tu memang akan kotor. Nak beli yang mahal pun boleh tapi masa sem 1 kasut akan hancur sebab selalu sangat pakai.
5) Tudung bawal.
Semua wajib pakai tudung bawal termasuklah perempuan free hair kecuali non-muslim. Tudung bawal pula wajib bidang 45 dan ke atas. Tak boleh pakai tudung bidang 43/40. Lagi sekali saya ingatkan. Tudung bawal tau bukan shawl. Korang nak pakai shawl, pakai masa kelas je.
Peralatan yang perlu dibeli. (Bergantung pada SV masing-masing)
- Kasut boot.
- Gloves biasa.
- Topi jerami.
- Mini tools.
- Air wajib bawak.
- Notebook yang boleh masuk dalam poket.
- Pen
Tags
DPIM