Menang giftcard untuk BookXcess
Assalamualaikum.
Maafkan saya wahai penganjur kerana lambat update mengenai hadiah yang saya dapat. Sebelum ini saya ada menyertai giveaway di mana hadiah merupakan giftcard RM50 dan boleh tebus di BookXcess. Saya biasa melayari laman web tersebut tapi tidak pernah sekali pun beli buku di sana. Mungkin kerana buku terlalu banyak sehingga saya tidak boleh buat pilihan dengan bajet yang ciput.
Bila pemenang diumumkan oleh penganjur, saya memang terlalu gembira dan terus email untuk mendapatkan giftcard tersebut. Bayangkan dengan RM50 tu berapa banyak buku yang saya boleh beli. Yang pasti lebih daripada 2 buah buku.
Salah satu buku yang buat hati saya tertarik adalah The Courage to Be Disliked oleh Ichiro Kishmi dan Fumitake Koga. Ini adalah buku yang wajib saya beli walaupun sudah sedia maklum bahawa saya tidak perlukan buku untuk memberitahu bagaimana untuk ada keberanian tidak disukai. Mungkin ada sesuatu di dalam buku ini yang akan saya belajar dan boleh guna untuk kehidupan seharian.
Buku yang kedua pula ialah Midnight Hour. A Shadow Falls oleh CC. Hunter. Sejujurnya saya tertarik pada bahagian muka depan buku dan baru lah saya cari review di Goodreads. Rupa-rupanya buku ini adalah series yang bertajuk Shadow Falls dan boleh dikatakan banyak juga buku lain yang perlu dibaca bersama dengan Midnight Hour ini. Nak dipendekkan, buku ini sebenarnya bersambung-sambung ceritanya.
Buku yang terakhir saya beli adalah The Little Book of Kindness. Berdasarkan tajuk buku korang sudah boleh agak sebenarnya buku ini memang kecil. Ibarat buku untuk kanak-kanak. Tetapi bahagian dalam buku sangat menarik dan berwarna. Buku ini sesuai untuk pembaca yang inginkan bahan bacaan yang ringan dan tidak mempunyai masa yang banyak.
Setakat ini sahaja. Terima kasih untuk penganjur giveaway. Semoga Tuhan sentiasa merahmati awak.