Assalamualaikum.
Umur aku dah masuk 24 tahun tapi baru terhegeh-hegeh nak ambil lesen kereta. Bukan tak nak ambil sebelum ni tapi disebabkan kekangan masa, aku terpaksa tangguhkan. Aku buat keputusan nak ambil lesen bersama adik supaya ada kawan dan hilang rasa gementar tu.
Dipendekkan cerita, selepas ujian Qti, aku terus ambil ujian jpj pada bulan 6. Seram tu tak payah cakap lah. Masa tu ramai yang ambil ujian sama ada manual atau auto. Pukul 8 kena ada dekat sana dan siap daftar. Aku tengok angka giliran dan ambil tag nombor daripada kaunter.
Sebelum mula, pegawai akan bagi sedikit penerangan berkenaan dengan apa yang perlu dan tak boleh dilakukan sepanjang ujian dijalankan. Bila dah selesai, bermulalah RPK iaitu rutin pemeriksaan kenderaan. Masa ni suara kena kuat dan pastikan pegawai dengar kalau tak memang sah kena ulang semula dari awal.
Bila RPK dah selesai, aku kena buat ramp sebab aku ambil lesen auto. Bab ni memang senang sangat tapi ramai yang gagal. Kedua pula aku kena buat bukit dan masa ni aku lepas untuk parking dan juga tiga penjuru. Tapi malangnya aku gagal dekat lorong Z dan terus buat ujian jalan raya pula.
Sepatutnya bila masuk kereta, aku kena bagi salam tapi aku diam seribu bahasa disebabkan terlalu takut dan pegawai tu terlalu hensem. Maka aku pun teruskan perjalanan selepas selesai bahagian RSM iaitu rutin sebelum memandu. Alhamdulillah aku lulus bahagian jalan raya disebabkan pegawai tu baik hati dan kalau diikutkan patut gagal sebab aku terlupa bagi signal tapi pegawai tu cepat-cepat ingatkan aku pasal signal.
Kali kedua aku ambil lesen ulang semula semua di litar tapi tetap gagal. Tipulah kalau aku tak kecewa dengan diri sendiri. Cikgu aku pun jenis kuar perli, kata lesen auto patut tak gagal langsung dan aku macam biasalah buat muka tak heran. Satu perkara tentang aku ni, aku jenis susah nak sorok muka bila menyampah dengan seseorang atau sesuatu. Memang jelas terpancar muka menyampah tu.
Tapi kali ketiga aku nekad untuk buat sebaik mungkin dan Alhamdulillah akhirnya aku lulus. Lepas ni aku nak pergi buat ic baru pula. Selama ni cuma pakai ic lama yang buat semasa darjah enam je.