Pengalaman Sem 3 DPIM Diploma Perladangan Dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)
Assalamualaikum and hye :)
Akhirnya saya dah habis semester 3 DPIM. Sumpah saya kecewa dengan sem kali ni.
Masuk semester baru, 2 kelas dibubarkan tanpa notis. Mula-mula saya terkejut jugak lah kan dan pelajar untuk kedua-dua kelas macam orang sesat cari info tanya sana sini. Jawapan masing-masing sama. Dua kelas terakhir ni digunakan untuk budak repeat subjek. Batch saya makin sikit dan itu pun salah satu sebab kelas dibubarkan.
Kami pun macam orang asing masuk kelas orang lain. Daftar sana sini. Sampai bergaduh dengan budak kelas lain sebab kami masuk kelas diaorang. Tapi saya berjaya masuk kelas yang sama untuk semua subjek dan kawan-kawan saya kelas untuk setiap subjek semua lain.
1) ACC 100 ( AKAUN)
Korang akan ada assgmnt macam korang buat kat sekolah dulu (aliran akaun). Subjek yang boleh dikatakan susah kalau korang main-main dan tak fokus dalam kelas. Masa buat asgmnt tu pilihlah kawan yang rajin sebab susah nak siapkan kalau buat main-main.
2) AGR 113 (EKONOMI)
Subjek senang lah jugak berbanding subjek lain. Belajar pasal basic ekonomi.
3) CTU 211 (AGAMA ISLAM)
Pergh ni susah ! Bagi yang tak suka membaca macam aku. Confirm mengantuk masa dalam kelas.
4) ELC 230 (ENGLISH)
Korang ada writing. Ye lah! Writing yang kena buat karangan tu! Jangan ingat habis sekolah tak buat karangan. Preparation untuk MUET juga.
5) HBU 131 (KOKURIKULUM)
Aku ambil kesatria negara. Dapat A- beb ! Entah apa aku buat pun aku tak tau. Seronok tau ! Lagi-lagi coach dekat Jasin memang sporting.
6) AGR 262- (MAJOR CROPS)
Subjek kedua paling susah! Korang belajar pasal 4 tanaman utama dan 1 tanaman ada banyak topik. Dalam topik ada anak-anak topik.
7) AGR 161 ( SOIL SCIENCE)
No 1 paling susah adalah subjek ni. Antara subjek yang paling ramai student gagal setiap semester. Saya tak tahu berhantu sangat subjek ni sampai susah sangat nak lulus. But I managed to get C+ untuk final. Nasib baik!
Aku merahkan dua subjek terakhir sebab korang kena buat betul-betul !! Subjek ni sangat susah dan semester 4 nanti ada sambungan nya lagi.
Tags
DPIM