PENGALAMAN TEMUDUGA SPA (SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA)
Assalamualaikum.
Benda pertama kena buat untuk dapatkan temuduga, korang wajib pi daftar dekat website SPA . Haa ni pandai2 korang lah nak isi apa yang diminta. Lebih kurang macam borang cuma bezanya ini isi online.
Lepas tu korang tunggu sampai dapat email/sms daripada SPA yang mengatakan korang kena buat ujian psikometrik ( bergantung pada jawatan yang korang mintak). Ujian ni buat online juga jadi pastikan tarikh dan masa yang ditetapkan tu korang cuti.
Katakan lah korang lulus atau gagal ujian, SPA akan hantar email/sms yang menyatakan keputusan ujian tersebut. Kalau gagal tak dapat lah temuduga jawatan tu dan kalau lulus korang akan dipanggil untuk interview pulak cuma bila tarikhnya tidak diketahui sebab tengok kekosongan juga.
Akhirnya, beberapa minggu sebelum interview, korang akan dapat sekali lagi email/sms daripada SPA yang menyatakan korang dijemput untuk datang interview di sekian tempat, tarikh dan masa. Dalam email tu, akan ada list dokumen yang korang wajib bawak dan photostat. Boleh tengok contoh bawah ni.
- Kad pengenalan. ( photostat dan ori )
- Sijil lahir. ( photostat & ori )
- Sijil kelulusan sekolah SRP/ PMR/ PT3, SPM/ SPM(V)/ SVM/ SKM.. ( photostat dan ori )
- Sijil berhenti sekolah. ( photostat dan ori )
- Transkrip & skroll untuk yang ada Dip atau Ijazah. ( photostat dan ori )
- Sijil-sijil berkaitan.
- Resume bergambar.
So pagi tu aku terus pergi ke tempat interview, dengan tak tahu apa-apa dan dekat mana sebab bangunan tu besar gila. Pukul 7.15 aku sampai depan bilik temuduga dan ada beberapa orang yang dah sampai. Tengok daripada rupa macam lebih berusia daripada aku. 7.30 pagi ada staff datang dan bukak bilik temuduga. Rupanya dalam tu ada 3 lagi bilik iaitu Bilik Temuduga 1, Bilik Temuduga 2 dan Bilik Temuduga 3.
Calon yang datang kena check nama dekat kaunter dan masa tu terus dapat nombor giliran interview. Staff akan kasi sehelai kertas checklist dan korang susun lah dokumen ikut apa yang diminta.
Panel pun dah siap-siap tunggu dalam bilik temuduga. Ketuk pintu, bagi salam dan bagi fail pada panel. Duduk bila disuruh atau mintak kebenaran. Ada dua orang yang interview aku. Dan serius aku cakap, diaorang akan psycho dan buat kau koyak dengan soalan yang bertubi-tubi.
Tapi macam selalu aku buat muka tak bersalah dan jawab je semua soalan yang ditanya. Yang aku tak tahu memang aku jujur lah tapi masa tu panel suka potong cakap aku hahhaa. Yang pasti jangan tunjuk lah muka mengelabah tu, nanti nampak sangat weh.
Ni antara isi interview aku.
UPDATE: MEMANG AKU TAK DAPAT PUN JAWATAN TU.
- Kenalkan diri (nama, umur, status)
- Pendidikan.
- Apa sebenarnya aku buat kat sini.
- Kementerian.
- Apa tu SPA.
- Pengalaman kerja (kalau takda kaitan dengan jawatan panel akan cakap )
- Situasi ( Boss suka maki2 so boleh ke aku tahan )
- Apa bagusnya aku daripada calon lain.
- Jaga pokok dan bos ada persamaannya so aku kena bagitahu mana persamaan tu.
Dah habis temuduga, aku terus cakap terima kasih, ambil fail dan keluar. Dalam 8.30 pagi aku dah habis dan balik rumah. Post ni pun aku buat pada 17/4/2019 jadi keputusan interview masih belum keluar tapi aku sangatlah POSITIF yang aku TAKKAN DAPAT jawatan tu.
UPDATE: MEMANG AKU TAK DAPAT PUN JAWATAN TU.