Shopee ada jual cendawan?

 cendawan, mushroom


Assalamualaikum.

Boleh tahan gila juga Shopee ni kan? Habis semua benda orang jual termasuklah cendawan. Ye! Cendawan betul-betul tau bukan cendawan mainan. Bukan yang dah siap bungkus tapi bongkah cendawan separuh matang. 

Aku bukannya ada pengalaman tanam cendawan ni tapi bila aku baca rasa-rasanya macam senang sangat penjagaannya. Tak seperti tanaman lain yang memerlukan penjagaan rapi dan awal-awal aku cakap yang aku memang malas nak jaga benda-benda remah macam ni. Tapi kenapa cendawan? Sebab aku suka makan cendawan dan banyak duit habis untuk beli cendawan sahaja. Jadi apa salahnya aku cuba untuk jaga dan manalah tahu mungkin boleh jual.

Untuk bongkah cendawan, lingkungan harga dalam RM2 ke atas dan separuh matang. Ada juga sesetengah penjual yang jual bongkah belum matang tapi aku ambil keputusan untuk beli terus bongkakh separuh matang supaya aku tak perlu tunggu lama untuk dapatkan hasil cendawan. Nampak kan perangai tamak dan tidak tahu bersabar.

Selepas beberapa hari, sampai lah barang yang ditunggu-tunggu. Elok je penjual balut dengan surat khabar dan diletakkan di dalam kotak besar. Dalamnya juga disediakan arahan yang jelas daripada penjual dan bila aku baca terus terbantut rasa semangat tu.  Sebab apa? Sebab aku tak beli Dettol Antiseptic dan bagi aku memang wajib untuk aku  ikut segala arahan penjual tu.

Selepas beberapa hari dan bongkah pun matang aku tetap tak beli Dettol tu lagi. Jadi aku cari video di Youtube dengan harapan ada lah sesuatu yang boleh gantikan Dettol dan nasib aku baik rupanya air garam pun boleh juga guna. Projek cendawan diteruskan dengan membalut bongkah menggunakan kain basah.

Aku harap cendawan ni tumbuh dengan jayanya. Senang aku pergi beli lagi bongkah dan jaga elok-elok cendawan ni.

Post a Comment

Previous Post Next Post