Assalamualaikum.
Saya bekerja dari rumah sebagai sales team pada awal tahun 2021. Pada mulanya agak susah kerana banyak nombor yang dibekalkan oleh Hq. Bagi yang tidak tahu, tugas utama seorang sales team bukanlah mencari pelanggan seperti agen. Sales team hanya perlu closed sale setiap lead berdasarkan nombor yang dibekalkan oleh Hq. Selalunya untuk pekerja baru, target close sale sangat rendah berbanding yang sudah lama bekerja.
Perkara pertama ditanya ketika temuduga di aplikasi Whatsapp ialah, adakah saya sanggup mengadap telefon daripada pagi sampai malam. Saya terkejut. Lama juga ye waktu bekerja sales team tetapi apabila diterangkan barulah saya faham bahawa waktu bekerja adalah dari pukul 8 pagi hingga 5 petang sahaja. Sekiranya saya mahu luangkan masa untuk kejar target maka dibolehkan kerana saya hanya diberikan komisyen untuk nombor yang saya dapat close sale sahaja.
Perkara pertama saya lakukan selepas diterima masuk sales team adalah saya perlu muat turun aplikasi Whatsapp Business dan gunakan semua features yang ada supaya dapat memudahkan saya pikat dan close sale setiap lead. Perkara yang kedua adalah saya diwajibkan untuk copy paste semua skrip yang dibekalkan oleh Hq.
Hari pertama agak mudah dan seronok kerana boleh dikatakan banyak guna saya dapat sales dan sebelum tidur, saya akan buat report untuk dihantar kepada leader. Jumlah nombor leads yang saya dapat dan berapa orang yang saya dapat closed pada hari tersebut. Masuk bulan kedua, jumlah nombor yang whatsapp saya sangat banyak dan ini tidak termasuk dengan follow up yang wajib saya lakukan pada setiap 2 minggu. Boleh dikatakan saya mula terasa terbeban dengan kerja ini tetapi saya gagahkan juga walaupun banyak kali kena marah dan block oleh lead.
Sebagai seorang sales team, saya tidak dibenarkan untuk mempunyai perasaan takut untuk minta bayaran daripada lead yang sudah berjanji untuk sekian-sekian tarikh. Ataupun perasaan kesian kerana lead belum dapat gaji kerana komisyen saya bergantung kepada jumlah sales yang saya dapat. Awal-awal tu saya terasa agak malu dan takut tapi lama-kelamaan saya keraskan hati untuk minta bayaran dengan cara yang sopan.
Mengenai bayaran komisyen pula, setiap akhir bulan leader akan berikan report dan kedudukan masing-masing dalam sales team. Bangga juga apabila saya berada dalam top 3 kerana saya masih dikira baru dalam kerja ini tetapi tiada rewards yang diberi oleh leader ataupun Hq. Bayaran juga dibuat tepat pada masanya dan sekiranya ada aral melintang, leader akan beritahu kepada kami.
Pengalaman yang saya dapat kali ini sangat berbaloi tetapi saya terpaksa berhenti kerana telefon saya rosak dan bayaran komisyen juga tidak cukup untuk menampung keperluan harian. Sekiranya ada peluang untuk saya sambung sebagai sales team beserta gaji tetap, kemungkinan besar saya akan teruskan pekerjaan tersebut.